Aku ingin meluahkan segalanya...

Saturday, February 20, 2010

Perjalanan Pelajar HMT 329 pada 12 Februari 2010

"Perjalanan Pelajar HMT 329 pada 12 Februari 2O1O"
Pada 12 Februari 2010, Jumaat semua pelajar HMT 329 melakukan "pengembaraan" (perjalanan) bersama Dr. Radiah Yusoff. Dalam penjalanan yang dilalui ini banyak perkara yang dapat dilihat terutama yang berkaitan dengan khusus ini. Banyak perkara yang dapat diperoleh seperti penggunaan bahasa yang digunakan dalam papan tanda, iklan, nama tempat dan beberapa perkara. Bahasa-bahasa ini dapat dilihat dari bidang perundangan, sejarah dan sebagainya.
Antara hasil pengamatan yang dapat dikongsi dengan rakan-rakan khususnya pelajar HMT 329 ialah papan tanda yang memperkenalkan Taman Pekaka. Seperti yang sedia maklum perkataan taman dapat dirujuk sebagai suatu kawasan yang ditumbuhi pelbagai jenis pokok dan bunga-bunga atau tempat bersiar-siar. Ada juga yang merujuk taman sebagai perumahan yang mempunyai rumah-rumah teres dan sebagainya. Namun begitu Taman Pekaka yang dilihat hasil dari perjalanan ini sangat unik di mana ianya adalah sebuah kawasan perumahan yang bukannya rumah-rumah teres tetapi rumah yang naik seakan-akan kondominium. Ianya memperlihatkan satu perbandingan antara Taman Pekaka dengan taman-taman perumahan yang lain. Ianya memperlihatkan bahawa TAMAN itu mempunyai pelbagai makna (semantik) yang dapat dilihat penggunaannya dalam bahasa.
Perkara yang kedua dapat dilihat adalah pengamatan yang dapat dilihat di Pasar Lip Sin. Pasar Lip Sin ini sangat berbeza kerana walaupun sebuah pasar yang kebanyakannya dihadiri oleh orang Cina namun semasa perjalanan ini dilakukan ada juga orang Melayu yang datang ke Pasar Lip Sin ini. Hal ini demikian kerana ada juga barang-barang keperluan dapur yang dijual di sini yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Namun begitu semasa melihat-lihat Pasar Lip Sin ini, saya mendapati ada sesuatu yang menarik perhatian iaitu papan tanda yang diletakkan di kedai-kedai jualan. Papan tanda yang dapat dilihat menggunakan tiga bahasa dalam satu papan tanda iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa ini disusun atas kebawah iaitu dimulai dengan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dan diletakkan di bahagian atas kedai untuk memudahkan orang ramai atau pelanggan datang untuk melihat kedai-kedai yang ingin dituju. Pasar ini menunjukkan satu keunikan di mana walaupun kebanyakan adalah pelanggan Cina namun bahasa-bahasa yang digunakan untuk memperkenalkan barangan masing-masing bukanlah satu bahasa tapi tiga bahasa yang berbeza

Selain itu semasa perjalanan ini dilakukan, banyak papan-papan tanda yang lain yang dijumpai yang memaparkan penggunaan bahasa yang berbeza. contohnya ada yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti papan iklan bagi syarikat Thaiairway di mana bahasa Melayu di atas dan bahasa Inggeris di bawah. Ada juga yang memaparkan bahasa Melayu dan bahasa Cina di papan tanda di premis-premis perniagaan. Perkara-perkara ini berlaku mungkin mempunyai sebab musabab khususnya dalam bidang perundangan seperti cara untuk memaparkan nama premis di premis-premis perniagaan.
Selain itu ada juga yang menggunakan bahasa untuk kata-kata cacian atau konsep grafitti di tempat-tempat tertentu. Contohnya ada contengan-contengan di dinding telefon awam. Ada juga di kawasan-kawasan tertentu yang memaparkan kata-kata makian di tempat-tempat tertentu yang boleh merosakkan keindahan.

No comments:

Post a Comment