Aku ingin meluahkan segalanya...

Monday, April 25, 2011

liku kehidupan

hidup manusia umpama ombak dan pantai...kenapa aku katakan begitu...ombak dan pantai analogi yang cukup menggambarkan erti keteguhan, erti kecekalan terutama untuk pantai yang terdampar luas...



percayalah, setiap detik masa yang berlalu, ombak akan melepaskan segala keluhan, kerinduan, dan kemarahan kepada pasangannya pantai...ombak mendambarkan kasih sayang yang hanya dapat disalurkan atas cinta hatinya pantai...



pantai umpama setianya pungguk yang merindui bulan di awan kelam...tetap tabah, tetap cekal menahan dadanya untuk merasai setiap keluhan, kerinduan dan kemarahan kekasihnya ombak...walaupun sakit yang ditanggung ianya cekal untuk menjadi perlindung agar ombar tidak mengganas melepaskan rasa badainya...walaupun ombak selalu merungsingkan pantai, namum pantai bahagia dengan kehadirannya kerana lumrah alam mereka saling melengkapi...



begitulah ironinya manusia...saling memerlukan kasih sayang, menghamburkan kemarahan, melepaskan keluhan..namun pada siapa?jika ombak pada kekasihnya pantai, manusia pada siapa?kita kadang kala lupa kembali kepada azali kehidupan apabila kita merasa bahagia sementara, namun kita akan mengingati azali bila kecelakaan menimpa...hidup ini senantiasa harus dihiasi warna-warna keharuman yang membentuk kita ke jalan yang benar...namun bukan semua yang benar memberikan kebahagiaan...kebahagian harus dicari, dibentuk dan diamal...kebahagian tidak akan datang seperti ombak yang setiap detik menghempas kekasihnya...



apakah kebahagian yang dimiliki kini abadi?
aku terus mencari jawapan...aku ingin menjadi pantai, namun aku juga ingin menjadi ombak....

Friday, April 15, 2011

Buat anak-anak murid yang disayangi...

untuk anak2 yang dikasihi dan disayangi...

murid-murid 4 AK 1 yang disayangi,


maafkan cikgu jika ada kesalahan yang cikgu lakukan,
Cikgu halalkan semua ilmu,
cikgu sayang awak semua (Afif (our leader), Chen Peng, Chee Yong, Kah Hau, Boon Keat, Misha, Amira Auni, Shuhada, Shaheela, Ainul, Li Chin, Xin Yi, Jia Jiun, Tean Tean, Fatin, Shahirah, Yee Ting)
belajar rajin2, jadi insan yang berguna...
terima kasih kerana kelas 4 AK 1, kelas pertama buat cikgu tersenyum dan ketawa sepanjang cikgu di SMK Permai....


murid-murid 4 SRT yang dikasihi,

Shafiq dan kawan2 4 SRT, belajar rajin2...jadi insan berguna...
jangan jadikan sebarang alasan dalam hidup kita untuk berjaya...
awak semua mampu untuk mengubah hidup awak semua...
marah cikgu sebab sayangkan awak semua...


murid-murid 4 PD 1 yang disayangi,

cikgu mohon maaf andai ada salah dan silap,
Cikgu halalkan semua ilmu,
marah cikgu kerana sayang,
tiada istilah "benci" untuk anak-anak 4 PD1,
belajar rajin2, jangan andaikan kita berada di belakang tiada harapan untuk kita berjaya,
percayalah dalam hidup kita tiada yang dilahirkan untuk gagal
sekalipun gagal ianya penggerak kita untuk berjaya...
cikgu sayang awak semua (tini, hazwani, suhaila, farhana, fatin, inani farah, syifa, azam, syazwan, safwan, taufeeq, loshanesh, shafiq (syukri), syafik (zainol), khairul nizam, hafiz dan lain2)

buat Ammin yang ceria selalu,

belajar rajin2
jangan banyak main ye...
cikgu tak sempat jumpa untuk mohon maaf kalau pernah marah awak,
terima kasih untuk kad awak...
ingat semua pesan cikgu...
p/s: Katakan TIDAK pada kesalahan KK

buat Adharul...

walaupun 2 hari je jadi anak murid cikgu,
cikgu ucapkan selamat berjaya dan belajar rajin...
rahsiamu rahsiaku...;)


buat semua murid2 cikgu,
belajar dari kegagalan kita untuk mencapai kejayaan yang hakiki,
tiada jalan mudah untuk berjaya...semuanya memerlukan pengorbanan
semoga berjaya dalam SPM...
awak semua ialah kenangan terindah buat cikgu...

untuk semua:
"kegembiraan yang abadi adalah suatu perkara yang serius"

Monday, April 4, 2011

meniti hari-hari terakhir sebagai guru praktikal

tinggal beberapa hari lagi akan menamatkan zaman guru praktikal...setiap detik akan terasa cepat dan lambat...cuma aku terkadang terfikir apa yang lambat apa yang cepatnya...aku akan merindui segala kenangan yang dicipta...terutama bila terkenangkan anak2 4 AK 1...mereka anak2 yang pertama buat aku ketawa sukar nak berhenti...kerna selama ini aku sangat serius bila berdepan dengan anak2 di situ...namun ada juga kenangan yang sangat menyeksa naluri keguruanku bila aku tidak lagi mampu menahan rasa marah, geram, kecewa bila segala usahaku dipandang enteng...mungkin aku juga ada silap dalam memberikan segala ilmuku kepada mereka...namun begitu aku amat menyayangi nereka sebagai anak2 didikku yang pertama...andai aku pergi nanti dan bukan rezkiku dalam bidang ini mereka adalah kenangan terindah buat aku...