Aku ingin meluahkan segalanya...

Wednesday, August 29, 2012

 yakinlah dengan apa yang dilakarkan...

aku yakin bahawa tidak sesaat awal, tidak sesaat lewat...
aku redha jika ini yang ditakdirkan..mungkin ini yang terbaik untuk aku kerna aku tahu segala perancanganNya itu llebih baik dari segalanya..
namun aku hanya mampu untuk berdoa andai ini bukan takdir yang dilakarkan untukku, aku mohon agar dijauhkan dia dari pandanganku, dari pendengaranku, dari hatiku, dari akalku...
moga ada yang lebih baik darinya..amin...
moga keredhaan Allah mengatasi segalanya...

Monday, April 25, 2011

liku kehidupan

hidup manusia umpama ombak dan pantai...kenapa aku katakan begitu...ombak dan pantai analogi yang cukup menggambarkan erti keteguhan, erti kecekalan terutama untuk pantai yang terdampar luas...



percayalah, setiap detik masa yang berlalu, ombak akan melepaskan segala keluhan, kerinduan, dan kemarahan kepada pasangannya pantai...ombak mendambarkan kasih sayang yang hanya dapat disalurkan atas cinta hatinya pantai...



pantai umpama setianya pungguk yang merindui bulan di awan kelam...tetap tabah, tetap cekal menahan dadanya untuk merasai setiap keluhan, kerinduan dan kemarahan kekasihnya ombak...walaupun sakit yang ditanggung ianya cekal untuk menjadi perlindung agar ombar tidak mengganas melepaskan rasa badainya...walaupun ombak selalu merungsingkan pantai, namum pantai bahagia dengan kehadirannya kerana lumrah alam mereka saling melengkapi...



begitulah ironinya manusia...saling memerlukan kasih sayang, menghamburkan kemarahan, melepaskan keluhan..namun pada siapa?jika ombak pada kekasihnya pantai, manusia pada siapa?kita kadang kala lupa kembali kepada azali kehidupan apabila kita merasa bahagia sementara, namun kita akan mengingati azali bila kecelakaan menimpa...hidup ini senantiasa harus dihiasi warna-warna keharuman yang membentuk kita ke jalan yang benar...namun bukan semua yang benar memberikan kebahagiaan...kebahagian harus dicari, dibentuk dan diamal...kebahagian tidak akan datang seperti ombak yang setiap detik menghempas kekasihnya...



apakah kebahagian yang dimiliki kini abadi?
aku terus mencari jawapan...aku ingin menjadi pantai, namun aku juga ingin menjadi ombak....

Saturday, March 5, 2011

sayangi mereka seadanya...

aku menyayangi mereka seperti aku menyayangi diriku dan keluargaku...
namun ada sedikit kekecewaan yang sentiasa membelit tangkai hatiku untuk meneruskannya
aku cuba,dan mencuba dan terus mencuba...
namun sebaliknya aku telan...
adakah kerana kekhilafanku untuk mengenal mereka seadanya dari lubuk kasih sayang yang terabai...
akan ku sayangi mereka seadanya...walau pahit yang ku terima kerana aku menyayangi mereka...

MAMPUKAH AKU??



Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

By: Pelangi

Saturday, October 16, 2010

Kasih Sayang Ubat Segalanya

Nilai kasih sayang sememang tiada galang gantinya...

Kadang-kadang kita terlalu menghukum insan-insan yang belum mengerti kehidupan.
Apalah salahnya kita menghulurkan kasih sayang...kadang kala sedikit kekhilafan selalu menutup kebaikan, namun kita tidak pernah mencari penawar kekhilafan...Percayalah kekhilafan hanya memerlukan sedikit kasih sayang untuk ianya pulih dan tidak menyerang dalam hati seorang insan...

Bagi insan-insan mereka belum memahami segala onak kehidupan, mereka perlukan satu nilai kasih sayang yang mampu membimbing mereka...Percayalah juga jika terserlah kasih sayang kita untuk mereka pancaran cahaya akan ada di mata mereka untuk memahami kehidupan ini..kerana mereka percaya ada insan-insan yang sudi mengubati mereka dengan ubat yang tinggi nilainya...

Semoga diri kita sentiasa dilindungi oleh Kasih Sayang....

Sunday, July 4, 2010

Bahasa Kiasan

Bahasa Kiasan ialah ungkapan yang maknanya tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasanya. Dengan kata yang lain, maknanya tidak 100% oleh makna kata-kata dalam binaan bahasa kiasan tersebut. Dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya.
Dalam bahasa kiasan, kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara dengan benda yang lain. Perbandingan ini dibuat melalui bandingan yang nyata dengan atau tanpa menggunakan kata bandingan tertentu. Kita hanya mengiaskan sesuatu yang dimaksudkan itu dengan benda atau perkara yang lain.
Pendeta Za’ba mengatakan bahawa bahasa kiasan ialah bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan lagi; tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan makna. Inilah keistimewaan bahasa kiasan.
Contoh bahasa kiasan yang menyatakan bandingan, antaranya termasuk jari seperti susun sirih, kuncup seperti sulur bakung, manis umpama lautan madu, tinggi macam galah, dan tumit umpama telur dikupas. Bahasa kiasan yang tidak menyebutkan perbandingan ialah abu jahal, mat jenin, ayam tambatan, pelanduk dua serupa dan puteri lilin.
Bentuk bahasa kiasan bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan jenis bukan peribahasa. Antara kedua-dua jenis bahasa kiasan ini, terdapat perbezaan yang nyata dari segi maksud. Bahasa kiasan jenis peribahasa mempunyai makna khas, iaitu tidak bergantung pada konteksnya. Misalnya makna kaki ayam, anak emas, dan langkah kanan tetap tidak berubah kendatipun dalam konteks apa-apa sekalipun.
Selain itu, bahasa kiasan peribahasa mempunyai makna selapis dan makna dua lapis. Yang bermakna selapis dapat terus difahami apabila kita membacanya. Misalnya biar lambat asal selamat; sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit; dan hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya bermakna selapis kerana tiada makna yang tersirat daripada unsur kata yang menjadi binaan bahasa kiasan tersebut.
Sebaliknya, bahasa kiasan dua lapis pula menggunakan gambaran lain bagi membayangkan maknanya. Misalnya ular yang menyusur akar itu tidak akan hilang bisanya; seperti talam dua muka dan bagai bajak wangkang makan diangkat. Semua peribahasa yang tersenarai mempunyai maksud yang khas. Ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya bermaksud orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya, seperti talam dua muka bermakna orang yang berbuat baik kepada dua orang berseteru. Peribahasa seperti bajak wangkang makan diangkat pula bererti seseorang yang gemar dipuji orang.
Pengucapan yang menggunakan bahasa kiasan merupakan pengucapan yang halus dan dapat meningkatkan imej seseorang apabila orang itu menggunakannya dalam pertuturan. Mereka yang menggunakan bahasa kiasan sewaktu berbicara dengan orang lain digolongkan sebagai orang yang berbudi bahasa serta bijak berbahasa. Hal ini begitu jelas apabila wujudnya bahasa kiasan seperti ke sungai besar yang bermaksud ingin membuang air besar, dan bahasa kiasan datang bulan yang bermaksud datang haid. Pembicara yang bijak berbahasa kiasan sudah tentu memilih bahasa kiasan ini untuk menggantikan kata-kata yang kurang enak didengar.
Namun demikian terdapat juga unsur kata bahasa kiasan yang diubah dan disesuaikan dengan faktor budaya dan tuntutan bahasa Melayu itu sendiri. Misalnya, ungkapan kiasan ke sungai besar sudah jarang-jarang kita dengar; sebaliknya digantikan dengan buang air besar.
Apakah tujuan penggunaan bahasa kiasan ini dalam percakapan? Tujuannya adalah untuk menajamkan percakapan dan memberikan kesan yang mendalam pada hati dan fikiran pendengar. Selain sebagai perhiasan kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan nilai estetika yang dikaitkan dengan alam semesta, penggunaannya merupakan satu cara untuk mengelakkan seseorang menyebut sesuatu perkara yang boleh menyebabkan rasa malu, takut atau kurang manis apabila didengar oleh orang lain. Hal ini melibatkan nilai kesantunan berbahasa seseorang.
Ada pelbagai jenis bahasa kiasan, seperti kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan terus, kiasan bersajak, kiasan berbunga, kiasan pemanis/halus, kiasan melompat, kiasan melarat, dan kiasan berkacau. Jenis-jenis kiasan ini akan saya bicarakan dalam tulisan yang akan datang

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0623&pub=DuniaPendidikan&sec=Munsyi_Bahasa&pg=mb_01.htm

Sunday, February 28, 2010

WELCOME TO LIP SIN'S MARKET


Pasar Taman Lip Sin is located near Tingkat Nipah, near Lengkok Nipah, near Lor Nipah 1, near Lengkok Nipah 1, near Lor Nipah 2.
The locations related to Pasar Taman Lip Sin are represented by the nearest distances for a beam of light to travel and may not be nearest by road. For example, Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Maxim Dim Sum. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Sungai Nibung Bus Terminal. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Tapak Pesta. Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Caltex Jln Sas. Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Shell Jalan Sas.

Lip Sin’s market is a market which is the focus of all races because the market provides all the requirements as:
  1. Dry Food
  2. Wet Food (fish, meat, chicken)
  3. Vegetable
  4. Clothes and Accessory
  5. Medicine

Various types of protein sources such as fish, meat and poultry sold here

Berasmas’s Store is one of the shops that sell retail goods
Seng Medicine store’s is very popular in Lip Sin’s Market



Various types of fresh vegetables are sold here


Various types of fresh fruit are sold here

Beautiful clothes and accessory sell at Lip Sin’s Market with cheap price

By:
Petak's Group

  1. NOOR AZRINA DESA (8)
  2. NOR AZNI BINTI AMIR HAMZAH (10)
  3. NUR LIYANA BT MOHAMAD ISA (19)
  4. NURU MUHAMAD AKMAL BIN ZULKIFLI (21)
  5. SHAHIDATUL AZRIN BT MOHD SAIDIN (23)
  6. SITI RAZIAH ARSAD (27)